gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Kandungan Makanan, Tanda Solidariti Bersama Gaza - "Berjuta-Juta Rakyat Gaza Kebuluran..."
HIBURAN
“Saya Dah Cuba Pisang Tapi…” - Aina Abdul Beri Sebab Pilih Epal Merah Sebelum Menyanyi
HIBURAN
Maxime Bouttier, Luna Maya Gaduh Kerana Telefon Bimbit
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Inilah Saya… Jika Anda Boleh Menerima Saya, Alhamdulillah” - Elyana Perjelas Status Sudah Tidak Berhijab

Izwan Isa
Izwan Isa
09/08/2022
09:20 MYT
Sponsor Banner
“Inilah Saya… Jika Anda Boleh Menerima Saya, Alhamdulillah” - Elyana Perjelas Status Sudah Tidak Berhijab
Penyanyi Elyana, 35, mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa mengenai keputusannya untuk tidak lagi mengenakan tudung baru-baru ini.
Penyanyi lagu Kalis Rindu berkata, selagi dia menjelaskan hal berkenaan, selagi itu banyak cerita-cerita yang kurang enak akan timbul.
“Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itulah macam-macam cerita yang saya rasa tak masuk akal akan timbul.
“Demi menjaga tatatusila, menjaga jiwa saya, menjaga persekitaran saya… nama baik jangan cerita, nama baik dah lama jadi tak baik… Demi menjaga jiwa sebenarnya, saya ambil keputusan untuk tidak mahu menerangkan apa-apa, kepada mereka yang tidak mahu langsung memahami (saya yang) sebenarnya,” katanya kepada Gempak.
Elyana ditemui pada program Pameran Semarak Uniti Keluarga Malaysia @ MAHA 2022.
Dalam pada itu, Elyana berkata, dia tidak pernah mengalami rasa penyesalan memandangkan setiap hal itu merupakan satu proses pembelajaran.
“Dalam hidup saya tak pernah ada penyesalan. Sebab ini adalah proses kehidupan. Cumanya apa yang boleh saya cakap setiap hari, saya impikan kehidupan yang baik, untuk jiwa yang baik.
“Dulu saya amat pentingkan jiwa orang, hati orang. Saya lupa diri saya. Now saya akan buat apa yang saya rasa terfikir nak buat. Dan baik buruknya, insya-Allah saya sendiri akan tanggung.
“Dan inilah saya, jika anda boleh menerima saya, alhamdulillah jika tak boleh terima saya, saya tak boleh buat apa,” katanya lagi.
Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila Elyana memuat naik gambar tidak bertudung di Instagram.
Elyana bagaimanapun tidak menjelaskan mengapakah dia membuka tudung, selain menutup ruangan komen di platform berkenaan.
Topic Berkaitan
#Elyana
#MAHA
#Tidak Berhijab
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement