VIRAL
Inilah Wajah Anak Kembar Ronaldo, Mateo dan Eva Yang Bernilai RM980,000
Setelah sekian lama berdiam diri, pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo, 32, akhirnya mendedahkan wajah anak kembarnya, Mateo dan Eva.
Menerusi laman sosial Instagramnya, Ronaldo meluahkan rasa gembiranya dapat mendukung kedua-dua anak kembarnya.
"So happy to be able to hold the two new loves of my life (Gembira dapat mendukung kedua-dua cinta hati saya)," tulisnya.
A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on
Sejak gambar itu dimuat naik tiga hari lalu, ia telah mendapat lebih 7 juta 'like' dan 190,000 komen.
Bayi kembar itu dilahirkan menerusi teknik ibu tumpang pada 8 Jun lalu.
Menurut laporan media antarabangsa, ibu tumpang Ronaldo yang menetap di Amerika Syarikat itu dibayar sebanyak 200,000 Euro (RM980,000).
Dalam perkembangan sama, kekasih Ronaldo iaitu seorang model terkenal, Georgina Rodriguez, 22, kini dilaporkan sedang berbadan dua.

"Dengan ini disahkan Ronaldo sedang bergembira dengan kehadiran bayi kembarnya dan kekasihnya pula sedang mengandung," kongsi sumber terdekat pasangan itu.
Sebelum ini, Ronaldo mempunyai seorang anak lelaki, Cristiano Ronaldo Jr., 7, yang juga dilahirkan menerusi teknik ibu tumpang.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Huffington Post, Mirror
Must-Watch Video