“Innalillah…Jam 2 Pagi Kembalinya Anak Syurga, Dia Nak Bersama Keluarga Dulu” – Anak Shah THR Gegar Akhirnya Pergi

Fiza Kamarudin
Oktober 31, 2019 00:21 MYT
Anak kepada penyampai radio THR Gegar, Shah yang kembali bernafas petang semalam selepas disahkan meninggal dunia akhirnya kembali kepada pencipta-NYA.
Shah berkongsi mengenai berita duka tersebut menerusi kemas kini di laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira jam 2 pagi.
“Innalillahi-wainnaillahi-rojiun…27.10.2019 – 31.10.2019 jam 2am…Kembalinya anak syurga, dia nak bersama keluarga dulu, Al-Fatihah,” tulisnya.
Aliff Khalifah yang dilahirkan tiga hari lalu (Ahad) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, disahkan mengalami komplikasi pada jantung sebelah kiri.
Aliff yang dilahirkan normal semakin lemah pada hari kedua dilahirkan dan mengalami sesak nafas menjelang tengahari.
Keadaan tersebut menyebabkan doktor membuat keputusan untuk memasang mesin bantuan pernafasan untuk Aliff yang semakin lemah.
Namun pada jam 5 petang semalam (Rabu), keajaiban berlaku apabila Aliff yang telah disahkan meninggal dunia selepas mesin bantuan pernafasan dicabut, kembali hidup.
Kepada Shah dan isteri, Izyan Shazana takziah daripada Gempak.
#Anak #Meninggal Dunia #Shah THR Gegar