Hiburan

“Innalillahiwainnailaihirajiun, Allahuakbar,” - Kakak Nidza Afham

gempak
Asyikin Mayudin
14/08/2024
13:05 MYT
Sponsor Banner
“Innalillahiwainnailaihirajiun, Allahuakbar,” - Kakak Nidza Afham
Kakak kepada penyanyi Nidza Afham yang dikenali sebagai Efahanie seakan-akan mengesahkan berita mengenai penemuan mayat lelaki yang dipercayai adiknya pada malam, Rabu.
“Innalillahiwainnailaihirajiun… Allahuakbar… Allah,” tulis Efahanie menerusi akaun platfrom X pada pukul 8.37 malam, Rabu.
Malah rakan-rakan di platfrom X turut mengucapkan takziah kepada Efahanie sekeluarga.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
“Serah kepada pihak polis,” katanya kepada media selepas ditanya sama ada mayat lelaki itu dipercayai penyanyi, Nidza Afham Mokhtar.
Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjogging.
“Pada 9.04 malam, teman wanita Afham menghubunginya dan mendapati panggilan tersebut tidak dapat disambungkan.
Lokasi terakhir keberadaan Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK),” katanya dalam satu kenyataan di Klang.
Berita lanjut menyusul.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live