RANCANGAN
INNOVATHON Kembali Untuk Musim Ketiga, Uji Bakat Bermula Jun Depan! Ini Cara-Cara & Lokasinya
Rancangan realiti TV, Innovathon dari hasil usaha sama Astro, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) kembali dengan musim yang ketiga.
Dengan kewujudan program Innovathon ini, Menteri Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berharap agar rakyat Malaysia dapat memberikan idea serta mengasah bakat mereka demi masa depan negara.
Katanya lagi, program ini dilihat sebagai bukti komitmen kerajaan dalam menyokong dan memperkasa rakyat yang berbakat.
Melalui inisiatif seperti ini, negara bergerak lebih dekat ke arah mencapai status negara berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyahut cabaran ini. Menyumbang idea, mengasah kreativiti, dan membudayakan inovasi dalam kehidupan seharian demi masa depan negara.
“Inisiatif seperti INNOVATHON mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa bakat tempatan dan memacu inovasi rakyat.
“Melaluinya, kita semakin hampir merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030,” katanya.
Bagaimanapun, program INNOVATHON ini membuktikan rancangan kreatif dan ilmiah ini berjaya mendapat sambutan dari penonton di Malaysia dan juga seluruh Asia.
Terdahulu, pengasas dan pengarah ABA Healthcare Business & Consultancy Sdn.Bhd, Profesor Dr. Azizi Ayob diangkat menjadi juara musim kedua dengan inovasi perubatan Bioprotien Powder berjaya memikat hati juri.
Sesi uji bakat di seluruh negara akan bermula Jun depan dan akan turut singgah di beberapa institusi pengajian tinggi, antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Tun HUSSEIN Onn Malaysia dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.
Langkah-langkah untuk mendaftar bagi menghadiri uji bakat INNOVATHON musim 3
1: Imbas Kod QR: Mulakan dengan mengimbas kod QR untuk mengakses borang pendaftaran atas talian. Langkah ini wajib untuk memastikan anda mendapat peluang membentangkan idea inovatif anda semasa sesi uji bakat utama.
2: Isi Borang Penyertaan: Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang penyertaan dengan tepat dan jujur.
3. Simpan dan Cetak Borang: Setelah mengisi borang, simpan salinan borang pendaftaran tersebut dan cetak untuk kegunaan semasa uji bakat fizikal.
4. Sesi Uji Bakat Fizikal: Hadirkan diri ke lokasi uji bakat fizikal yang akan diumumkan di gempak.com.my.
5. Bawa Dokumen Semasa Uji Bakat:
Sila bawa bersama:
▪ Salinan borang pendaftaran yang telah dicetak
▪ Salinan kad pengenalan
▪ Dokumen berkaitan (jika diperlukan) Semuanya perlu dibawa semasa anda hadir ke sesi uji bakat fizikal.
Lokasi Uji Bakat
10 & 11 Jun : Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC), Kuching, Sarawak
24 & 25 Jun: Digital Penang, George Town, Pulau Pinang
1 & 2 Julai: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah
15 & 16 Julai: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu
29 & 30 Julai: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor
4 & 5 Ogos: Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Sesi uji bakat akan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman strim anda dengan naik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.