Masih ingat lagi dengan Innuendo? Kumpulan R&B popular sekitar tahun 1990-an itu bakal kembali ke industri muzik dengan konsert ‘comeback’ mereka!

Dibawakan oleh Shiraz Projects, konsert Innuendo - The Return itu bakal diadakan pada hari Jumaat, 8.30 malam, 10 April 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Selepas berehat atau hiatus panjang dari industri muzik, Innuendo kembali dengan konsert untuk meraikan kemunculan semula mereka.

Konsert dengan durasi dua jam itu tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat setia atau “die hard fan” mereka kerana Innuendo akan melagukan repertoire dari album mereka di antaranya Selamanya, Gemawan, Ratu Hati, Belaian Jiwa dan banyak lagi.



Konsert yang memang dinanti-nantikan ini bakal menjadi sebuah malam yang diingati tambahan pula dengan kemunculan legenda Michael Veerapan sebagai pengarah muzik beserta 12 pemuzik yang akan mengiringi konsert ini.

Semestinya ia bakal menjadi sebuah malam yang diingati oleh semua mata yang menonton dan merasa!

Tiket-tiket berharga RM695 (Meet and Greet), RM355 (Diamond), RM255 (platinum), RM125
(Gold) telah mula dijual pada 17 Februari 2020, jam 2 petang di myticket.asia.