Gaya Hidup
InRealFashion Kongsi Suka Duka Pereka Fesyen Tempatan
Mereka adalah pereka fesyen prolifik yang berkongsi perjalanan, harapan dan aspirasi mereka untuk jenama masing-masing, melalui pelbagai cabaran dalam industri fesyen.
Temui mereka dalam siri pendek empat episod bertajuk InRealFashion yang ditayangkan secara eksklusif di Instagram, Facebook dan saluran YouTube, The Jiffies.
Ia dihoskan oleh juruhebah Radio Hitz.FM, Keanu Azman dan menampilkan ikon-ikon fesyen Malaysia sebagai tetamu iaitu pengasas pakaian Pestle & Mortar, Hugh Koh, pengasas KANOE, Noelle Kan, pengasas jenama sensasi internet, BEHATI, Kel Wen dan Ridduan "TTFGA" Ismail, yang bermula sebagai jurugambar fesyen dan setahun yang lalu mengasaskan agensi pemodelan TopBoi Citizen dan kini pemilik jenama RAFEOFF.
InRealFashion memberikan gambaran menyeluruh mengenai kehidupan pereka fesyen tempatan yang berjaya dengan memaparkan perkongsian pengalaman hidup mereka.
Kenali keempat-empat individu ini dari pelbagai latar belakang dan keperibadian, masing-masing mempunyai cerita yang berbeza untuk dikongsi dan mungkin memberi inspirasi untuk memulakan perjalanan kreatif anda.
Pastikan anda menonton kerana ada kejutan menanti penonton pada akhir setiap episod!