Hiburan
"Insan Mulia... Sudi Masakkan Sebab Kak Teringin Mi" - Fasha Sandha Sayu Terkenang Arwah Abam
Pelakon cantik, Fasha Sandha sayu mengenangkan pemergian pelawak Allahyarham Abam yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Menerusi kemas kini Instagram Fasha, aktres drama bersiri Syurga Yang Kedua ini berkongsi berkongsi video Abam yang sedang memasak mi rebus istimewa air tangannya untuk Fasha pada 26 Januari lalu.
Dalam kemas kini yang sama, Fasha turut memuat naik perbualannya di aplikasi WhatsApp bersama Abam.
"Allahuakbar. Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Januari sebab kak teringin mi, lepas dua minggu, Abam dah pi tinggalkan semua.
"Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu... Allahuakbar," tulis Fasha.
Pelakon yang sedang hamil ini juga memohon agar pengikut laman Instagram miliknya menyedekahkan Al-Fatihah kepada Abam.
"Jom semua followers kesayanganku, mohon sedekahkan Al-Fatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin..." tulis Fasha lagi.
Terdahulu, pelawak popular Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi tadi.
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Must-Watch Video