"Insensitive, Biadab & Bod*h" - Netizen Kecam Baby Shima Ejek OKU Dalam Video TikTok
Amri Hassan
29/03/2021 07:00 MYT
29/03/2021 07:00 MYT
Penyanyi Baby Shima mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen apabila memuatnaik sepotong video reaksinya terhadap golongan orang kurang upaya (OKU).
Menerusi video terbabit, Baby Shima melakonkan semula aksi tokoh OKU, Zhariff Affandi yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan dan menggunakan anggota kaki untuk melakukan tugas harian.
Dalam video itu juga Baby Shima meniru semula pergerakan Zhariff dalam sebuah sesi temubual di kaca televisyen dengan menggunakan kaki yang memakai stokin.
Aksi Baby Shima itu mendapat kecaman netizen di media sosial dan melabelkan penyanyi yang melakar nama di Indonesia itu kurang sensitif.
"Aku rasa ni macam berlebihan pula gurauan. Dia memang OKU. Bukan buat-buat. Come on Shima," tulis pemilik akaun @Bubih97.
"Aku pantang betullah orang bengap yang suka make fun of OKU ni. Kenapa orang macam ni selalu rasa lawak eh? Tak kelakar langsung," tambah @yanasyairah.
"Allah dah bagi akal tu silalah pakai Baby Shima. Jangan jadi bangang sangat duk mempersendakan orang yang kelainan upaya macam ni. Insensitive, biadab dan bodoh. Sikit pun tak lawak tau tak?" tulis @IniAlannn.
Bagaimanapun, ada yang menganggap penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu tidak mengetahui situasi sebenar individu terbabit.
Menurut tinjauan Gempak, video tersebut telah dipadamkan dari akaun TikTok Baby Shima.
Untuk rekod, Zhariff berkelulusan perkembangan psikologi Universiti Graffith Australia pernah menerima Anugerah Belia Perdana 2011.
Beliau juga merupakan pemilik syarikat The Zhariff Initiative Sdn. Bhd.