“Insha-Allah Saya Sihat Dalam Perlindungan Allah” - Bung Moktar Tepis Dakwaan Sakit Tenat
Azwa Rahman
06/09/2022 06:24 MYT
06/09/2022 06:24 MYT
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin tampil menepis dakwaan mengenai dirinya kini sedang sakit tenat dan terlantar di hospital.
Menerusi laman sosial Instagram, Ahli Parlimen Kinabatangan itu memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan beliau dalam keadaan yang cergas sambil duduk menikmati minuman dan buah-buahan yang terhidang di atas meja.
“Ini foto terbaru saya, ada juga mereka yang tidak bertanggungjawab telah viral gambar lama saya yang sedang sakit dan mengatakan saya sedang sakit tenat pada ketika itu.
“Insha-Allah saya sihat lagi dalam perlindungan Allah,” tulis Bung di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Bung turut memberi peringatan kepada mereka yang menyebarkan khabar angin tersebut agar kembali ke jalan yang benar.
“Kepada mereka yang buat kerja kurang sihat ini, saya doakan mereka kembali ke jalan yang betul dan benar,” ujarnya lagi.
Khabar angin itu tersebar di media sosial semalam, sehari selepas Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah diperintah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk membela diri berhubung kes rasuah yang dihadapinya.
Sementara itu memetik laporan Harian Metro, Setiausaha Akhbar Bung Moktar, Jaafar Abdul Wahid ketika dihubungi berkata gambar itu adalah gambar lama ketika Bung Moktar baru balik daripada menjalani rawatan buah pinggang di China pada 2015 atau 2016.
Jumaat lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan Bung Moktar bersama isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Ia selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan berkenaan berhubung dakwaan rasuah yang berlaku ketika Bung Moktar menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra pada 2015.