Insiden Gagal Jadi Hos Di Tik Tok Awards Indonesia, Nia Ramadhani Pukul Diri Sendiri
Maliah Surip
10/02/2021 04:20 MYT
10/02/2021 04:20 MYT
Nama Nia Ramadhani memang sempat hangat dalam kalangan peminat Indonesia selepas dia mengacarakan Tiktok Awards Indonesia pada minggu lalu.
Dalam acara itu, Nia yang berganding dengan Raffi Ahmad dilihat sempat mengeluh kerana tidak diberi peluang bercakap banyak.
Namun, setelah diberi ruang untuk bercakap, Nia gagal menyampaikan tugasannya dengan baik, malah tidak mengingat nama nama tetamu penting dalam anugerah tersebut. Dia kemudian dilihat seperti 'hilang' dan tenggelam berdiri di atas pentas bersama Raffi.
Akibat sikapnya itu, Nia dikritik sebagai tidak profesional dan bukan seorang yang bijak serta layak mengendalikan anugerah besar. Sikapnya disifatkan terlalu emosi dan kebudak budakkan.
Setelah sempat mengatakan dirinya tidak dapat melihat dengan jelas prompter, akhirnya dalam temu bual saluran Trans TV, Nia mengaku jika itu adalah kesalahan yang telah menjatuhkan mental dan reputasinya sebagai seorang anak seni.
Sambil menangis, Nia mengatakan: "Saya sangat down dengan kejadian itu. Berapa belas tahun saya bangunkan karier, tapi musnah dalam tiga jam sahaja. Saya merasa diri sangat tak berguna."
Menurut Nia, biarpun mendapat sokongan dan semangat daripada orang terdekat termasuk suaminya, Ardi Bakrie yang tetap ingin menceriakannya, dia mengaku sangat terkesan dengan insiden tersebut sehingga menangis tanpa henti dan sempat memukul dirinya sendiri.
"Saya sampai pukul diri sendiri. Jadi benci dengan diri sendiri selepas acara selesai. Saya menangis sebab kesal dengan diri sendiri sebab tak mampu melaksanakannya," kata Nia seperti dipetik dari Liputan6.com.
Meski demikian, dia tidak pernah menyalah orang lain dan netizen yang mengkritiknya. Dia sebaliknya bersyukur kerana telah melakukan kesilapan dan berasa susah.
"Saya baru menemukan teori baharu, walaupun susah, tetaplah beryukur dan ucap terima kasih Tuhan," kata pelakon Bawang Merah Bawang Putih yang sempat fenomena di Malaysia ini.
Malah melalui kemas kini di Instagramnya pada hari ini, Nia dilihat seperti memberi semangat kepada dirinya sendiri.
Bersama foto hitam putih dirinya berbaring di sofa, dia menulis: "Apabila saya menoleh ke belakang, saya melihat kesilapan dan kesakitan. Tapi apabila melihat cermin, saya melihat kekuatan dan patut berbangga dengan diri sendiri."
Kredit Foto: Wolipop