Berita
Insiden Jambatan Baltimore, Seorang Individu Ditemui Maut
Satu individu disahkan maut dan ditemukan di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh, di Baltimore, timur negeri Maryland, Amerika Syarikat, lapor media pada Selasa.
Seorang Individu Maut
Menurut sumber, Ahli Majlis Bandar Baltimore, Phylicia Porter memberitahu pencarian mangsa-mangsa terlibat masih lagi dijalankan dan satu mayat telah pun ditemukan.
"Kami dengar satu mayat telah ditemukan, tetapi pencarian sedang dijalankan di tapak," katanya.
Dalam satu info lain, difahamkan runtuhan itu berlaku apabila sebuah kapal kontena besar mengalami kegagalan kuasa pada awal Selasa, menyebabkan kepada runtuhan jambatan tersebut.
Insiden itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai berkenaan.
Usaha Mencari Dijalankan
Setakat ini, usaha mencari sedang dijalankan bagi mengesan enam mangsa yang masih hilang. Keenam-enam individu berkenaan dipercayai sebahagian daripada kru pembinaan, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan jambatan itu apabila kemalangan berkenaan berlaku.
Terdahulu, dua mangsa dikeluarkan dari Sungai Patapsco, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa tempatan.
"Ini adalah tragedi yang tidak dijangkakan. Terlebih dahulu kita harus mendoakan kepada semua yang terlibat,” kata Datuk Bandar Baltimore, Brandon Scott.
Biden Gesa Bayar Pembinaan Semula Jambatan
Dalam ucapan ringkas dari Rumah Putih pada Selasa, Presiden AS, Joe Biden mengerahkan kerajaan persekutuan membayar pembinaan semula jambatan itu, yang dibuka kepada lalu lintas pada Mac 1977.
"Kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami di Kongres untuk memastikan negeri itu mendapat sokongan yang diperlukan," kata Biden.
Sekadar info, kira-kira 11.5 juta kenderaan menyeberangi Jambatan Francis Scott Key sepanjang 2.6km itu setiap tahun.
BERITA TRENDING: Netizen Geram Pembonceng Motosikal Lagak Samseng, Tendang & Libas Penunggang Lain Di Jambatan Pulau Pinang!
Sumber: Bernama/Sinar Harian
Must-Watch Video