Hiburan

Insiden Pinkfish: Pihak Penganjur Sedia Beri Kerjasama - “Kami Rasa Amat Berdukacita”

gempak
Asyraf Roslan
02/01/2025
07:25 MYT
Sponsor Banner
Insiden Pinkfish: Pihak Penganjur Sedia Beri Kerjasama - “Kami Rasa Amat Berdukacita”
Penganjur acara, Pinkfish Countdown 2024 melahirkan rasa dukacita susulan insiden tragis yang mengakibatkan kehilangan empat nyawa selepas menghadiri konsert tahun baharu tersebut.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak penganjur menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.
“Kami rasa amat berdukacita dengan insiden tragis yang berlaku selepas acara Pinkfish Countdown 2024, yang telah mengakibatkan kehilangan empat nyawa.
“Doa dan ingatan kami bersama keluarga serta orang tersayang mangsa dalam saat-saat sukar ini,” kata penganjur kenyataan tersebut.
Pada masa sama, pihak penganjur juga bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan siasatan yang menyeluruh dapat dijalankan.
Dalam kenyataan yang sama, mereka mengambil maklum pengesahan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kematian tersebut berlaku di luar kawasan acara.
Pihak penganjur juga menyatakan komitmen mereka untuk terus bekerja rapat dengan agensi berkaitan bagi memberikan sokongan kepada semua yang terkesan akibat insiden ini, terutamanya kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Sekadar info, sebelum ini media melaporkan pihak polis sedang menyiasat kematian empat individu selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu 'Pinkfish' di Bandar Sunway, pada Selasa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menerima empat laporan polis daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024