Insiden Roti Sosej Roll Berkulat, Zus Coffee Mohon Maaf! Rupanya Chiller Rosak Jadi Punca Utama

Mya Amri
Februari 6, 2023 00:45 MYT
Rangkaian kafe terkenal, Zus Coffee tampil memohon maaf susulan tular aduan pelanggan tentang roti sosej roll yang dibeli sudah berkulat.

Bagaimanpun Zus Coffee menerusi laman sosial mereka kemudiaannya tampil membuat permohonan maaf mengenai isu tersebut.

Menurut Zus Coffee, selepas disiasat dengan teliti, kejadian kulat itu berpunca daripada kerosakan peti penyejuk makanan (chiller).

“Sebagai rangkaian kopi F&B tempatan, kami mengambil serius kualiti makanan dan minuman kerana ia memberi kesan langsung kepada kesihatan pelanggan kami.

“Itulah sebabnya kami mempunyai prosedur (SOP) untuk menangani sebarang isu keselamatan makanan bagi memastikan makanan dikendalikan dengan cara yang bersih dan selamat.

“Terdapat pelbagai proses yang dilaksanakan untuk melindungi serta meningkatkan keselamatan makanan bagi memastikan produk akhir yang diterima pelanggan kami adalah berkualiti dan selamat untuk dimakan.

“Malangnya, perkara boleh menjadi salah jika terlepas pandang satu butiran kecil. Oleh itu, kami telah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap perkara itu untuk mencari punca dan mendapati kerosakan penyejuk telah menjejaskan penyelenggaraan suhu di cawangan KL East Mall, yang membawa kepada pencemaran ini,” jelasnya kenyataan itu.

We deeply apologise for the recent mouldy Firecracker Chicken Sausage Roll incident at KL East Mall. Investigations found that a chiller malfunction caused the contamination. ZUS Coffee has reached out to the customer to offer a full refund and medical compensation. https://t.co/wvbnEJdUAh pic.twitter.com/XrnUcHIicf

— ZUS Coffee® (@ZusCoffee) February 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam kenyataan yang sama, pihak mereka juga turut menawarkan pulangan (refund) penuh kepada pelanggan berkenaan selain serta sedia untuk menanggung sebarang bayaran melibatkan masalah kesihatan.

“Kami telah menghubungi pelanggan berkenaan untuk memohon maaf dan menawarkan bayaran balik bagi pesanan itu.

"Kami juga mencadangkan panel perubatan serta pampasan untuk sebarang rawatan perubatan yang diperlukan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan kami sebaik sahaja pelanggan dapat dihubungi,” katanya.

Terdahulu, kisah mengenai kejadian yang dialami oleh pelanggan itu tular selepas individu itu meluahkan rasa kesal di laman Facebook miliknya.

#Viral #Tular #maaf #Cafe #Mohon #Roti Berkulat #Zus Coffee