Selepas Pusaka, pelakon Syafiq Kyle bakal kembali ke layar perak dengan filem aksi yang paling dinantikan, Polis Evo 3.

Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram aktres Nora Danish, difahamkan Syafiq akan membawakan watak sebagai Inspektor Danny.“

Inspektor Danny #polisevo3, bukan Nuar. Kalau nak Inspektor Nuar pergi cinema now now now,” tulisnya.

Selain itu, Nora juga turut memberikan reaksi untuk filem Pusaka dilakonkan oleh Syafiq yang membawakan Inspektor Nuar.


“Pusaka is just ???” tulisnya.

Inspector Danny #polisevo3 . Bukan Nuar ?. Kalau Nak inspector Nuar pegi cinema now now now. #pusaka is just ???

A post shared by Nora M Danish (@noradanish) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya sudah tidak sabar untuk menyaksikan gandingan Syafiq dan Nora.

“Dapat pun Syafiq berlakon dengan Nora Danish,” tulis @hayatirose12

“Wow Polis Evo 3 ada Syafiq lah,” @loly.wirdora

Terdahulu, filem arahan Syafiq Yusof ini kini sedang dalam proses membaca skrip dan akan memulakan penggambarannya kelak.

BACA: Ada Shaheizy Sam, Zizan Razak, Syafiq Kyle & Nora Danish - Hebatnya Barisan Pelakon Polis Evo 3!

Manakala dalam perkembangan terbaru, Syafiq sedang mempromosi filem Pusaka yang sedang ditayangkan di pawagam.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.