Hiburan
Inspirasi Pablo Picasso, Nicki Minaj Tayang Sebelah Payudara
Baru-baru ini ketika muncul di Pertunjukan Minggu Fesyen Paris di Perancis, Nicki Minaj, 34, mengejutkan ramai apabila menyarung baju yang mendedahkan sebelah payudaranya.
Baju hitam itu direka dengan hanya sebelah lengan panjang dan sebelah lagi dibiarkan terdedah.
Baju hitam itu direka dengan hanya sebelah lengan panjang dan sebelah lagi dibiarkan terdedah.
Manakala, bahagian buah dadanya juga diletakkan nipple pastie (sejenis silikon yang dilekatkan pada bahagian puting).
Nicki menjelaskan gaya yang dipakainya pada malam acara tersebut diinspirasikan daripada karya agung Pablo Picasso 'La femme a l'eventail' yang dihasilkan pada tahun 1907.
Nicki menjelaskan gaya yang dipakainya pada malam acara tersebut diinspirasikan daripada karya agung Pablo Picasso 'La femme a l'eventail' yang dihasilkan pada tahun 1907.
Ketika acara tersebut, Nicki sebetulnya menyarung top yang direka oleh Mugler, seluar pendek daripada Givenchi, kasut (Alexandre Vauthier), cincin (Pristine) dan cermin mata (Veronique Leroy). Pastie yang dilekatkan pada buah dadanya pula daripada Agent Provocateur.
Sebelum Nicki, penyanyi rap Lil' Kim pernah muncul dengan mendedahkan payudara ketika acara MTV Video Music Awards pada tahun 1999.
Antara selebriti popular lain yang pernah muncul dengan imej seakan-akan sama ialah Cher, Lady Gaga, Rihanna dan Miley Cyrus.
Olahan oleh: Amri Hassan
Foto & teks: Billboard.com