Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Instafamous Disyaki Jual Minyak Wangi Tiruan Ditahan, Perfume Bernilai RM150,000 Dirampas

ZULHILMI JALIL
20/10/2020 23:20 MYT
Seorang selebriti media sosial yang disyaki terlibat dalam penjualan produk minyak wangi berjenama terkenal ditahan pihak berkuasa semalam.

Instafamous yang juga merupakan seorang wanita berusia 26 itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Pinggiran Putra, Serdang, Selangor.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, dalam serbuan kira-kira pada pukul 3 petang, pihaknya merampas lebih 1,000 botol minyak wangi yang dianggarkan bernilai RM150,000.

“Siasatan awal mendapati sebotol minyak wangi dijual dengan harga serendah RM150 hingga RM200 dan suspek mampu meraih keuntungan sehingga ribuan ringgit setiap bulan.

"Mangsa (pembeli) juga turut diberitahu produk tersebut adalah tulen,” katanya seperti yang dilapor portal Bernama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Beliau berkata, wanita berkenaan yang turut dibantu suaminya itu telah beroperasi kira-kira setahun lalu dari rumah berkenaan dengan memasarkan barangan berkenaan melalui platform media sosial Instagram dan Facebook.

Katanya, penguatkuasa turut menemui slip penghantaran barangan, kotak pembungkusan dan rekod transaksi perbankan

Katanya, hasil semakan transaksi juga mendapati barangan terbabit bukan sahaja dibeli oleh pembeli tempatan tetapi juga dari luar negara.

Beliau berkata suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Kes disiasat mengikut Sekyen 102 (1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 kerana menjual atau menawarkan barangan disyaki menggunakan perihal dagangan palsu.


Sumber: Bernama

#Perfume #Minyak Wangi #Instafamous
;