Laman Utama
Instafamous Masuk Balai Polis Pakai Singlet & Seluar Pendek, Netizen Persoal Boleh Ker?
Seorang personaliti media sosial mencuri perhatian pengguna media sosial apabila berkongsi fotonya berada di dalam sebuah balai polis dengan hanya berseluar pendek dan memakai singlet.
Menerusi foto berkenaan, lelaki yang turut dikenali di Instagram dan Facebook itu memuat naik fotonya memakai singlet putih dan seluar pendek merah tanpa ragu-ragu.
Tulisnya pada kapsyen foto di Facebooknya baru-baru ini; "Singgah visit bos besar, terima kasih banyak bos."
Bagaimanapun foto terbabit mendapat pertanyaan daripada pengguna di Facebook. Banyak yang bertanya mengenai penampilannya yang dirasakan tidak bersesuaian dengan etika sewaktu mengunjungi balai polis.
"Dengan seluar kontot... baju singlet aduhai. Kalau ikutkan mana boleh masuk balai pakai baju begitu," tulisnya.
Bagaimanapun, jawab lelaki berkenaan; "Dorang pun hairan kenapa boleh masuk begitu."
Berdasarkan semakan semula etika berpakaian di balai polis, satu kenyataan pernah dikeluarkan sebelum ini merujuk kepada pakaian yang tidak sesuai dipakai ketika berada di premis berkenaan.
"Pelawat mestilah berpakaian kemas, bersih dan sesuai dengan amalan masyarakat Malaysia.
"Amalkan berpakaian sopan (baju kemeja, baju T berkolar, berkasut, berseluar panjang, berskirt panjang di bawah paras lutut) terutama sewaktu berurusan rasmi.
"Pelawat dinasihatkan mematuhi etika berpakaian semasa berada di pejabat/ balai polis.
"Pelawat dilarang berpakaian tidak sopan dan yang terlalu mendedahkan tubuh atau mencolok mata seperti berikut.
"Berskirt atas paras lutut atau berseluar pendek, berbaju tanpa lengan, berseluar atau berskirt ketat dan berselipar," tulis kenyataan terbabit.
Must-Watch Video