Instafamous dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad sanggup merentas negeri untuk bertemu dengan sahabat baiknya yang kini terlantar sakit.

Biarpun berdepan pelbagai dugaan, ia tidak mematahkan semangat Hafiz untuk menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik demi memudahkan urusan dan pergerakan sahabat karibnya itu.

"Saya terpaksa rentas negeri untuk sahabat saya. Saya taknak biarkan sahabat saya give up dengan sakit dia.

"Bulan lepas saya angkat dia ke hospital, harapan saya dia kuat dan sembuh. Lepas dua minggu di hospital, dia boleh balik dan mak dia jaga di rumah tapi sampai sekarang dia tak boleh berjalan lagi.

"Setiap hari saya call, sebab tak nak sahabat saya ni rasa sunyi. Sebelum PKPD saya call dan saje tanya “loh dh mandi ke?”

"Dia kata “belum hafiz, dari sejak lepas keluar hospital, hanya lap dgn kain basah je. Aku pun pakai pampers je”.

"Sebak hati saya dengar, saya nak fly ke Kelantan time tu tak boleh sebab tak boleh rentas negeri," ceritanya.

Justeru, Hafiz sanggup melakukan ujian swab selain merayu kebenaran daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kelantan.

"Lepas beberapa minggu, saya buat swab test dan semalam saya decide untuk terus ke Balai Polis minta kebenaran.

"Alhamdulilah mereka benarkan untuk saya bantu sahabat. Besar pahala mereka, InsyaAllah.

"Harini, bila sampai je rumah sahabat. Tengok dia dengan ber “pampers” & terbaring je. Selera makan kurang dan badan pun makin kurus. Sebak hati ni, mata pun nak berair sebenarnya.

"Saya cukur apa yang patut, bersihkan dia & guntingkan rambut. Handsome sangat dia, nampak ceria sangat Alhamdulilah.

"Bila saya bawa kerusi electric tu. Sahabat saya nampak, mata dia terus berair dan dia tahan. Saya angkat dia naik atas kerusi tu.

"Ya Allah, happy sangat! Walaupun dia tak boleh berjalan, saya happy sebab boleh tengok dia bergerak dengan kerusi tanpa orang tolak. Dia happy sangat," tambahnya.

Saya taknak biarkan sahabat saya giveup dengan sakit dia Last month saya angkat dia ke hospital, harapan saya dia kuat & sembuh. Lepas 2 minggu stay hospital, dia boleh balik & mak dia jaga di rumah tapi sampai sekarang dia tak boleh berjalan lg Setiap hari saya call, sebab taknak sahabat saya ni rasa sunyi. Sebelum PKPD saya call & saje tanya “loh dh mandi ke?” Dia kata “belum hafiz, dari sejak lepas keluar hospital, hanya lap dgn kain basah je. Aku pun pakai pampers je” Sebak hati saya dengar, saya nak fly ke Kelantan time tu tak boleh sebab tak boleh rentas negeri Lepas beberapa minggu, saya buat swab test & Semalam saya decide untuk terus ke Balai Polis minta kebenaran. Alhamdulilah mereka benarkan untuk saya bantu sahabat. Besar pahala mereka, InsyaAllah Harini, bila sampai je rumah sahabat. Tengok dia dengan ber “pampers” & terbaring je. Selera makan kurang & badan pun makin kurus. Sebak hati ni, mata pun nak berair sebenarnya Saya cukur apa yg patut, bersihkan dia & guntingkan rambut. Handsome sangat dia, nampak ceria sangat Alhamdulilah Bila saya bawa kerusi electric tu. Sahabat saya nampak, mata dia terus berair & dia tahan. Saya angkat dia naik atas kerusi tu Ya Allah, happy sangat! Walaupun dia tak boleh berjalan, saya happy sebab boleh tengok dia bergerak dengan kerusi tanpa orang tolak. Dia happy sangat Aku sayang pada sahabat, sebab Allah yg wujudkan rasa rindu, pengorbanan ini & cinta dalam hati ini untuk sahabat Sahabat, “Aku akan ada sampai penghujungnya dengan mu” & tak akan aku lupa janji waktu kita kecil dulu sahabat ?

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on


Janji Hafiz untuk setia menjaga sahabatnya itu sampai bercerai nyawa dari badan.

"Aku sayang pada sahabat, sebab Allah yang wujudkan rasa rindu, pengorbanan ini & cinta dalam hati ini untuk sahabat.

"Sahabat, “Aku akan ada sampai penghujungnya dengan mu” & tak akan aku lupa janji waktu kita kecil dulu sahabat," tuturnya.