Instafamous Rentas Negeri, Hadiahkan Kerusi Roda Elektrik Untuk Kawan Baik - "Mata Dia Berair, Saya Happy Sangat"

Amri Hassan
November 1, 2020 23:15 MYT
Instafamous dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad sanggup merentas negeri untuk bertemu dengan sahabat baiknya yang kini terlantar sakit.
Biarpun berdepan pelbagai dugaan, ia tidak mematahkan semangat Hafiz untuk menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik demi memudahkan urusan dan pergerakan sahabat karibnya itu.
"Saya terpaksa rentas negeri untuk sahabat saya. Saya taknak biarkan sahabat saya give up dengan sakit dia.
"Bulan lepas saya angkat dia ke hospital, harapan saya dia kuat dan sembuh. Lepas dua minggu di hospital, dia boleh balik dan mak dia jaga di rumah tapi sampai sekarang dia tak boleh berjalan lagi.
"Setiap hari saya call, sebab tak nak sahabat saya ni rasa sunyi. Sebelum PKPD saya call dan saje tanya “loh dh mandi ke?”
"Dia kata “belum hafiz, dari sejak lepas keluar hospital, hanya lap dgn kain basah je. Aku pun pakai pampers je”.
"Sebak hati saya dengar, saya nak fly ke Kelantan time tu tak boleh sebab tak boleh rentas negeri," ceritanya.
Justeru, Hafiz sanggup melakukan ujian swab selain merayu kebenaran daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kelantan.
"Lepas beberapa minggu, saya buat swab test dan semalam saya decide untuk terus ke Balai Polis minta kebenaran.
"Alhamdulilah mereka benarkan untuk saya bantu sahabat. Besar pahala mereka, InsyaAllah.
"Harini, bila sampai je rumah sahabat. Tengok dia dengan ber “pampers” & terbaring je. Selera makan kurang dan badan pun makin kurus. Sebak hati ni, mata pun nak berair sebenarnya.
"Saya cukur apa yang patut, bersihkan dia & guntingkan rambut. Handsome sangat dia, nampak ceria sangat Alhamdulilah.
"Bila saya bawa kerusi electric tu. Sahabat saya nampak, mata dia terus berair dan dia tahan. Saya angkat dia naik atas kerusi tu.
"Ya Allah, happy sangat! Walaupun dia tak boleh berjalan, saya happy sebab boleh tengok dia bergerak dengan kerusi tanpa orang tolak. Dia happy sangat," tambahnya.
Janji Hafiz untuk setia menjaga sahabatnya itu sampai bercerai nyawa dari badan.
"Aku sayang pada sahabat, sebab Allah yang wujudkan rasa rindu, pengorbanan ini & cinta dalam hati ini untuk sahabat.
"Sahabat, “Aku akan ada sampai penghujungnya dengan mu” & tak akan aku lupa janji waktu kita kecil dulu sahabat," tuturnya.
#Hafiz Mahamad #Rentas Negeri #Kerusi Roda Elektrik