Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Instafamous Terima Padah! Bagi Keterangan Palsu Mohon Kebenaran Rentas Negeri, Akan Dikenakan Kompaun!

Fiza Kamarudin
22/03/2021 09:15 MYT
Instafamous yang tular selepas memuat naik foto berbulan madu bersama suaminya didapati memberi keterangan palsu ketika memohon kebenaran rentas negeri.

Hasil siasatan juga mendapati pasangan ini memberikan keterangan palsu berkaitan alasan memohon kebenaran rentas negeri.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pasangan tersebut membuat persiapan awal dengan menempah hotel secara atas talian pada Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac lalu.

“Siasatan secara menyeluruh mendapati wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan berkenaan kepada polis pada 20 Mac lalu.

"Oleh yang demikian, polis membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua individu terbabit mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Jika disabitkan kesalahan, pasangan ini boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000," katanya dalam satu kenyataan, hari ini (Isnin).

Beliau turut mengigatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan untuk tujuan bekerja dan kecemasan.

"Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang diberikan untuk urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan dengan menjalankan program peribadi lain serta bercanggah dengan alasan yang diberikan kepada polis sewaktu memohon pergerakan rentas negeri," katanya.

Jumaat lalu gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an yang pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan di Johor, menjadi kecaman warganet.

Susulan itu, polis pada 21 Mac (Sabtu) lalu memanggil pasangan terbabit untuk dirakam percakapan sebelum memutuskan tiada tindakan diambil terhadap pasangan berkenaan.

[[BACA: Influencer Bangga Rentas Negeri Pergi Berbulan Madu, Netizen Naik Hantu! - Orang Lain Tadah Air Mata Tak Boleh Jumpa Keluarga]]
#Viral #Polis #PKPB #Rentas Negeri #Berbulan Madu #Instafamous Rentas Negeri #Keterangan Palsu