BERITA
Instagram Digodam, Farah Ann Luah Rasa Sedih
Atlet gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi meluahkan rasa sedih apabila akaun Instagram (IG)nya digodam.
Profil akaun ‘@farahann94’ yang mempunyai seramai 114,000 pengikut itu telah ditukar kepada nama I Boy dan ditukar catatan dalam Bahasa Arab.
Akibat itu, Farah telah kehilangan kesemua foto-foto kenangan yang ingin dikongsi bersama pengikutnya sebelum ini.
Bagaimanapun Farah telah mengambil inisiatif untuk membuka IG baharu dengan profil akaun @farahann.official.
Menerusi akaun barunya, Farah juga turut meluahkan rasa sedih tentang perkara tersebut dan memohon supaya peminatnya melaporkan akaun lamanya itu kepada pihak Instagram.
Sementara itu, akaun baharu Farah Ann kini mempunyai lebih 20,000 pengikut dan atlet cantik ini juga telah memuat naik beberapa keping foto sekitar Sukan SEA 2017 yang sedang berlangsung.
Teks oleh: Mya Amri