Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Instagram Padam Gambar Sonny Bill Williams Sedang Berdoa? Ini Puncanya!

Hanafis Haris
24/09/2019 10:36 MYT
Pemain ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams meluahkan rasa kesalnya apabila gambar memaparkan dia dan rakan seperjuangannnya, Ofa Tu’ungafasi berdoa telah dipadam oleh Instagram.

Menerusi satu posting terbarunya sebentar tadi, Sonny memuat naik gambar asal tersebut berserta kenyataan dikeluarkan oleh pihak Instagram.

"Kepada Instagram dan semua individu yang melaporkan, saya tertanya mengapa gambar ini dipadam?

"Gambar ini memaparkan beberapa individu sedang berdoa bagi melahirkan rasa syukur mereka," katanya.

Berdasarkan posting tersebut, Instagram memberitahu gambar berkenaan telah dipadam disebabkan terdapatnya pihak ketiga melaporkan ia sebagai satu kandungan yang melanggar hak tertentu.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata pengikut serta rakan seperjuangannya turut mempersoalkan punca gambar itu ditafsirkan sebagai melanggar syarat ditetapkan Instagram.

Malah, penyanyi Faizal Tahir turut meninggalkan komen di posting tersebut.

"Allah sentiasa bersamamu, Barakallahu fikum," kata Faizal di ruang komen berkenaan.
#Instagram #Islam #IG