Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Instagram Perkenal ‘Dark Mode’, Untuk Penggemar Sisi Gelap

Azwa Rahman
08/10/2019 11:57 MYT
Laman sosial Instagram memperkenalkan satu lagi ciri baru untuk penggunanya iaitu mode gelap.

Menerusi laman sosial Twitter, ciri baru tersebut baru sahaja diumumkan oleh ketua Instagram, Adam Mosseri.

“Bermula hari ini, anda boleh menggunakan Instagram dalam mode gelap pada iOS 13 atau Android 10. Cubalah sekarang,” tulisnya menerusi satu kicauan.

Untuk menggunakan ciri gelap ini, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi tersebut di App Store atau Google Play.

Selain itu, ciri ini hanya boleh didapati oleh pengguna yang telah menggunakan iOS 13 dan Android 10 sahaja.

Namun, ciri ini masih belum tersedia untuk ditetapkan secara individu. Anda perlu menukar mode gelap di bahagian tetapan telefon pintar untuk menggunakan ciri terbaru ini.

Selain mode gelap, Mosseri turut mengumumkan platform tersebut bakal menutup ruangan aktiviti ‘following’.

“Kami juga akan menutup tab ‘following’ pada Instagram, dimana sebelum ini ia direka untuk pengikut melihat akaun mana yang teman mereka berhubung.

“Kami mahu sentiasa fokus dan biarkan Instagram seringkas yang mungkin,” jelasnya lagi menerusi Twitter.
#Instagram #Aplikasi #Cantik
;