Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Instagram Uztaz Don Daniyal Digodam, Terpaksa Buat Akaun Baru

ZULHILMI JALIL
21/04/2020 03:02 MYT
Penceramah berstatus selebriti, Uztaz Don Daniyal Don Biyajid memberitahu bahawa akaun Instagram miliknya sudah tidak dapat diakses akibat digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu dimaklumkan Uztaz Don Daniyal menerusi akaun Instagram miliknya yang baharu @ddaniyaldbiyajid.

"Assalamualaikum, ini Instagram baru saya, adapun yang sebelum ini telah digodam dan nasihat saya kepada semua pengguna instagram, tolong tingkatkan keselamatan anda.

"Yang dah banyak like dan sebagainya, dan gambar-gambar yang anda muat naik sebagai keeper, nak simpan gambar-gambar kenangan kita, takut nanti hilang bila orang lain godam, macam mana yang terjadi kepada saya. Jadi nasihat saya, Allah sebaik-baik pemelihara dan kepada Allah jualah kita meminta perlindungan," katanya.

Assalamualaikum Wbt, ini instagram baru saya, adapun yang sebelum ini telah digodam dan nasihat saya kepada semua pengguna instagram, tolong tingkatkan security anda yang dah banyak like dan sebagainya, dan gambar-gambar yang anda upload sebagai keeper, nak simpan gambar-gambar kenangan kita, takut nanti hilang bila orang lain hack, macamana yang terjadi kepada saya. Jadi nasihat saya, Allah sebaik-baik Pemelihara dan kepada Allah jualah kita meminta perlindungan. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid Pengurus Besar @kuiscell.kuis

A post shared by Daniyal Biyajid (@ddaniyaldbiyajid) on


Sementara itu ahli kumpulan UNIC, Fahkrul yang turut menyampaikan perkhabaran tersebut mengenai sahabatnya itu di Instagram menjelaskan akaun tersebut gagal diperoleh semula.

"Ustaz Don suruh beritahu kat semua, Instagram dia kena godam. Tak dapat selamatkan. Katanya sebab email skali kena kebas.

"Dahlah baru nak terer main IG, follow IG baru dia @ddaniyaldbiyajid guys. Sekarang musim Perintah Kawalan Pergerakan, ramai makin hebat jadi penggodam sebab menghadap internet hari-hari kot. Hati-hati.

ust don suruh habaq kt semua, ig dia kena hack..xdpt selamatkan katanya sbb email skali kena kebas..dah la baru nak terer main ig ? , follow ig baru dia @ddaniyaldbiyajid guys. . skrg musim pkp, ramai makin terer jd hacker sbb ngadap internet hari2 kot.hati2

A post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on


Sebelum ini, Uztaz Don yang baru ingin mulai aktif untuk menggunakan Instagram terpaksa akur kehilangan lebih 62,000 pengikut.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan program yang menampilkan Ustaz Don Daniyal di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

#Godam #Penceramah #Uztaz Don Daniyal