Hiburan

Instagram Zarul Umbrella Hampir Kena Godam - "Hati-Hati Dengan Link Yang Dihantar Ke IG Atau..."

gempak
Badrul Hashim
06/12/2020
08:30 MYT
Sponsor Banner
Instagram Zarul Umbrella Hampir Kena Godam - "Hati-Hati Dengan Link Yang Dihantar Ke IG Atau..."
udah ramai Instagram selebriti tempatan yang telah digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ada yang bernasib baik seperti pelakon Jaja Iliyes yang berjaya mendapatkan Instagram asalnya.
Namun ada juga yang kurang bernasib baik seperti selebriti serba boleh Adibah Noor dan ratu rock negara, Ella, yang terus hilang kesemua gambar serta video yang dikongsi di Instagram mereka.
Terbaru, penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella berkongsi cerita di Instagram miliknya yang juga hampir digodam oleh penggodam dari Turki.
"Dua hari lepas IG saya hampir-hampir di hacked oleh hacker dari Turkey ni. Berhempas pulas saya cuba ambik balik despite bz dengan shooting.
"Selepas 15 min dapat balik hacker tu rampas balik dari saya. Lepas tu saya ambik balik then cepat-cepat tukar password, tukar emel, buat two factor authentication etc," tulis Zarul.
Dia bersyukur kerana tidak ada lagi cubaan untuk menggodam Instagram miliknya.
Pada masa yang sama, dia memberi peringatan kepada semua supaya berhati-hati dengan apa sahaja pautan yang dihantar ke Instagram atau daripada sistem pesanan ringkas (sms) telefon yang menghantar kod enam digit terutamanya dari nombor 66998.
Selain daripada berlakon dan menyanyi, Zarul juga mempunyai saluran YouTube dan banyak berkongsi video tentang pekerja serta pekerjaan di syarikat penerbangan. Dia juga turut berniaga sambal secara atas talian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live