gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Konsert Simfoni Budaya II Bakal Temui Peminat 5 Julai Depan
BERITA
Bangkai Anak Gajah Telah Ditanam Di Lokasi 'Rahsia'
HIBURAN
"Selagi Allah Beri Peluang & Mereka Masih Bernyawa..." - Puisi Fizie Sempena Hari Ibu Undang Sebak Ramai
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Insurans Batal Saat Akhir, Pesakit Kanser Gagal Jalani Pemindahan Paru-Paru

gempak
Gempak
12/05/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Insurans Batal Saat Akhir, Pesakit Kanser Gagal Jalani Pemindahan Paru-Paru

Seorang pesakit kanser paru-paru tahap empat terpaksa membatalkan hasrat untuk menjalani pemindahan paru-paru berganda selepas syarikat insurans menarik balik kelulusan pembiayaan pada saat akhir.

Deron Wells, 59, yang juga seorang suami dan bapa kepada tiga anak, sebelum ini telah menerima kelulusan awal daripada syarikat insurans Cigna untuk menjalani rawatan di Hospital Northwestern Medicine, Chicago, sebagai sebahagian daripada ujian klinikal yang melibatkan pemindahan dua paru-paru.

Namun, ketika keluarganya sedang bersiap sedia untuk meninggalkan Pusat Perubatan UCLA Santa Monica pada Jumaat, Cigna secara mengejut menarik balik kelulusan tersebut dan enggan membiayai pemindahan serta kos pemindahan perubatan ke Illinois.

“Saya sangat sedih kerana nyawa saya kini bergantung kepada keputusan individu yang membuat pertimbangan dengan cara yang begitu dingin,” kata Wells, yang kelihatan lemah tetapi masih bersemangat untuk terus berjuang.

Isterinya, Janet Savarimuthu, turut meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan itu dan merayu agar Cigna mempertimbangkan semula situasi kritikal yang dihadapi suaminya.

“Pilihan terakhir yang kami ada ialah membawa sendiri Deron ke Northwestern. Saya harap pihak Cigna faham bahawa ini bukan soal angka atau statistik. Ini soal nyawa seorang manusia,” katanya.

Pemindahan paru-paru bukanlah kaedah rawatan standard bagi pesakit kanser paru-paru, namun Wells telah mendapat kelulusan perubatan untuk menyertai program khas berkenaan.

Dalam kenyataan balas, Cigna menyatakan bahawa garis panduan perlindungan mereka berasaskan standard klinikal kebangsaan bagi memastikan hasil rawatan terbaik untuk pesakit.

Sementara menunggu keputusan rayuan, rakan-rakan terdekat telah melancarkan kempen kutipan dana bagi membolehkan Wells menjalani pemindahan paru-paru yang sangat diperlukan.

“Deron Wells layak diberi peluang ini. Kami akan terus berusaha memastikan dia menerima rawatan tersebut,” kata sahabatnya, Scott Kern.

Wells, yang dahulunya seorang bapa aktif dan sihat, kini hanya berharap agar Cigna menarik balik keputusan tersebut.

“Saya benar-benar berharap Cigna akan ubah pendirian mereka dan melihat perkara ini secara positif. Saya belum berputus asa,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
#hospital
#Kanser
#Insurans
#Kanser Paru-Paru
Must-Watch Video