Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom (KLPP) bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos Muzikal Lawak Superstar 2.

Bergandingan bersama Nabil, Elly mengakui tidak sabar untuk beraksi selain berterima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menggalas tugas tersebut.

“Gembira dan syukur sebab diberi kepercayaan untuk mengendalikan satu program yang sangat besar ini sebagai hos bersama Nabil kali ini.

“Kalau di musim pertama saya merupakan peserta dan syukur... Alhamdulillah kali ini kembali sebagai hos pula.

“Saya percaya dengan bantuan Nabil... InsyaAllah kita lock! Semuanya berjalan dengan lancar dan saya akan cuba membuat yang terbaik.

“Yang paling penting, saya gembira sebab dapat bersama dengan bintang-bintang MLS2,” katanya sewaktu sidang media Muzikal Lawak Superstar 2 yang berlangsung secara virtual pada Selasa.

BACA: Boleh Tahan Hebat Line Up Musikal Lawak Superstar 2, Eh Cik B Pun Adalah!

Selain Elly sebagai hos, pelakon Fazura, Zul Ariffin dan Datuk Awie pula dipilih untuk menjadi juri tetap MLS2.

MLS2 bersiaran bermula 18 Disember setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.