Hiburan

"Insya-Allah Nanti Kita Raikan Ulang Tahun Ini Di Syurga Allah..." - Ifan Seventeen Terkenang Arwah Isteri

Zulaikha Yusof
05/11/2019
03:46 MYT
Vokalis kumpulan popular Indonesia Seventeen, Ifan meluahkan rasa rindunya terhadap arwah isteri, Dylan Sahara yang meninggal dunia akibat terkorban dalam bencana tsunami pada 22 Disember tahun lalu.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Ifan menitipkan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
"Tepat tiga tahun yang lalu, di waktu ini saya berjanji di hadapan Allah untuk menemanimu dalam suka dan duka sehinggalah ajal memisahkan kita.
"Selamat ulang tahun ketiga sayang. Insya-Allah nanti kita raikan ulang tahun ini di syurga Allah. Tunggu aku di sana ya!" tulisnya sebagai kapsyen.
Menerusi entri tersebut, Ifan turut memuat naik sebuah rakaman video ketika saat mereka berdua diijabkabulkan.
Rata-rata peminatnya mendoakan agar Ifan terus kuat untuk menempuhi dugaan tersebut.
Mengimbas ketika kejadian, Dylan berada di belakang pentas tempat Seventeen mengadakan persembahan untuk satu undangan acara himpunan sebuah syarikat elektrik Indonesia yang dihadiri 260 orang sebelum tsunami membadai.
Ifan, satu-satunya anggota kumpulan itu yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain dram, Andi disahkan terkorban.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Viral

Penceramah Dakwa Boleh Bercakap Dengan Semut Mohon Maaf

gempak
22/07/2024
13:50 MYT
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.
Hiburan

Rossa Sudah Siapkan Surat Wasiat Kematian: “Supaya Keluarga Yang Masih Hidup…”

gempak
19/07/2024
11:55 MYT
Penyanyi Rossa mengaku sudah menyiapkan wasiat yang selalu diperbaharui buat seluruh ahli keluarganya yang terdekat.