Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan tentang kebenaran aktiviti rentas negeri akan dapat diberikan dalam beberapa minggu lagi.
Beliau berkata, populasi dewasa dalam negara sudah mencapai 81 peratus lengkap vaksin COVID-19 setakat 22 September (Rabu), kadar 90 peratus boleh dicapai dalam beberapa minggu sahaja lagi untuk mendapatkan kelonggaran rentas negeri.
"Insya-Allah, sabar, tunggu beberapa minggu lagi saya percaya 90 peratus dapat dicapai dan kelonggaran diberi untuk rentas negeri.
"Kalau Rabu sudah capai 81 peratus, maknanya sudah tidak lama lagi boleh rentas negeri. Jadi bolehlah balik ke kampung berjumpa ibu bapa.
"Saya difahamkan ada yang sudah setahun tidak berpeluang berjumpa ibu bapa," katanya ketika berucap melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali sebagai Rumah Ikram Keluarga Malaysia di Putrajaya semalam.
Terdahulu, Perdana Menteri dilaporkan berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya memutuskan rakyat Malaysia akan dibenarkan rentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.
Ia adalah berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: BERNAMA
Kredit Foto: BERNAMA
Asraf Aided
Sat Sep 25 2021


Pilihan Sabtu: Siti Tak Kritik Tak Tunjuk Wajah Anak, Sufian Masih Mencari? Siapa Yang Mesra Dengan Anak HIV & AIDS?
Apa cerita Sabtu?
.jpg?ext=.jpg)
Berjanji Dengan Syaitan Untuk Dapat Gadis Idaman, Filem Tumbal Musyrik Masuk Malaysia!
Ini merupakan filem pertama terbitan Maxstream Original yang akan ditayangkan di Malaysia selain Thailand, Brunei dan Singapura.

Ibu Maia Estianty Akui Tak Senang Bila Anaknya Mahu Bernikah Dengan Ahmad Dhani - “Perasaan Saya Tak Enak”
Naluri seorang ibu

Dapat Anak Perempuan Lagi, Ed Sheeran Umum Kelahiran Bayi Keduanya
Girl gang!

Anak Menangis Takut Nampak 'Friend' Atas Almari, Hafiz Mahamad; "Ada Yang Kata Ini Akibat Menunjuk"
Sedih tengok nasib keluarga Hafiz dan Aina yang selalu diganggu.
.jpg?ext=.jpg)
Viral Di Dinding Bangunan KL & JB, Ada Apa Dengan Grafiti Mobile Legends Bang Bang?
Ada QR Code tersembunyi?

“Saya Pun Ada Pilihan…”- Kongsi Wajah Anak, Hak Ibu Bapa Masing-Masing
Comel je tengok Aafiyah & Afwa

Sufian Suhaimi Keluar Makan Dengan Pengurus, Bukan Kekasih - “Saya Masih Mencari..”
Jangan kecewa girls.

Lelaki Homoseksual Lebih Ramai Hidap Cacar Monyet!
Jangkitan cacar monyet atau monkey pox boleh berjangkit akibat melakukan aktiviti seks, lapor Daily Mail.

“Jejak Jer Kaki Ke Liang Lahad, Hati Saya Berdebar” - Jadi Penggali Kubur, Aweera Bawa Watak Kejam?
Jangan lupa saksikan drama Cangkul malam ni!