"Insya-Allah Saya Ada Esok"- Shahir

Syafiqah Jalal
Oktober 21, 2017 07:52 MYT
Penyanyi Shahir akui bakal muncul dalam Konsert AF Megastar Akhir pada Ahad (esok).
Shahir dalam sebuah video memberitahu Astro Gempak dia bakal meneruskan perjuangan akhirnya di AF Megastar esok.
"Insya-Allah, saya ada esok.
"Jadi jangan lupa saksikan Konsert Final AF Megastar.
"Saya ada. Ada sini," katanya
Terdahulu, Shahir telah memuat naik status kemungkinan akan menarik diri kerana menganggap dirinya disabotaj.
Ia rentetan dari kontroversi yang terjadi antara Shahir bersama seorang pramugari bernama Mona.
Konsert final esok bakal menyaksikan Shahir berentap bersama empat lagi finalis iaitu Idayu, Bob, Marsha dan Syamel.
AF Megastar yang dikemudikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.
Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video
AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/
Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com
Teks oleh Syafiqah Jalal
#Erra Fazira #Akademi Fantasia #Shahir #AF Megastar #Mona