Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Insya-Allah Ada Yang Lebih Baik…”- Angkut Barang Keluar, Shuk Sahar Ucapkan Selamat Tinggal Pada Rumah Bernilai RM1.2 Juta

Syafiqah Jalal
14/06/2022 09:49 MYT
Pelawak Shuk Sahar akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada rumahnya yang pernah menjadi tempat tinggal keluarganya untuk diserahkan kepada penghuni baharu.

Shuk yang juga bekas pengacara dan penyampai radio itu berharap agar selepas ini pasti ada sesuatu yang lebih baik untuknya.

“Insya-Allah ada yang lebih baik bye bye ferrea (rumah),” katanya.

Pelawak yang mula dikenali dari kumpulan duo Balas itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan Shuk turut memuat naik suntingan video meninjau kawasan rumah bersama barang yang dibawa keluar.

Shuk dilihat bersama beberapa pekerja mengeluarkan semua barang dan perabut dari rumah yang sebelum ini difahamkan dijual dengan harga RM1.2 juta itu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar Shuk menjadikan perbuatannya sebagai pengajaran selain mendoakan supaya dia dipermudahkan segala urusan.

Tidak kurang juga yang turut bersimpati dengan nasib menimpanya itu kerana melalui fasa kejatuhan dalam sekelip mata.

“Semoga ada sinar di hujung jalan,” komen salah seorang pengikutnya

“Allah bagi nikmat sekaligus ujian. Belajarlah sesuatu selepas ini. Peringatan ini juga untuk yang menaip dan membaca,” kata salah seorang netizen.

“Senang je nak murah rezeki, jaga isteri dan anak-anak. Jangan curang,” nasihat salah seorang warga maya.

Sebelum ini, bapa kepada dua orang cahaya mata itu nekad menjual rumah miliknya kerana memerlukan wang bagi menjelaskan hutang kad kredit, cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan meneruskan kehidupan.

Pergolakan rumah tangga Shuk sudah berlaku beberapa kali sehingga kali terakhir isterinya sendiri mendedahkan kecurangan pengacara dan penyampai radio itu dengan wanita yang sama.

Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

#Kahwin #cerai #Rumah #Shuk Sahar #Pindah #Barang
;