Berita
"Insya-Allah Kalau Adiel Mikael Dah Besar Sikit, Ada Rezeki Kita Ons" - Niena Baharun
Pelakon Datin Niena Baharun berasa rindu untuk kembali ke set lakonan tetapi terpaksa menolaknya buat masa ini.
Menurut Niena, buat masa ini, dia menolak beberapa tawaran untuk berlakon kerana mahu menumpukan perhatian membesarkan anaknya, Adiel Mikael.
Perkara itu dikongsi Niena menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
"Before this ramai yang tanya Niena bila nak masuk set? tak rindu nak berlakon ke? ada tawaran berlakon tak?
"Siapa tak rindu nak berlakon, itu dah memang kerjaya kita, ada tawaran tapi awal-awal lagi Niena terpaksa tolak sementara sebab nak fokus dekat budak kecil ni (anaknya).
"Insya-Allah kalau Adiel Mikael dah besar sikit, ada rezeki kita ons," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan Adiel.
Niena mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2013 dan mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Aliff Firdaus pada tahun 2018.