Hiburan
"Insya-Allah Tahun Depan Mateen Dapat Adik .." - Ameera Zaini Umum Hamil Anak Kedua
Personaliti televisyen Ameera Zaini mendedahkan dia sedang hamil empat bulan.
Ameera akui syukur dengan rezeki anak yang diberikan kepada mereka sekeluarga.
Walaubagaimanapun, Ameera akui terpaksa menghadapi trimester pertama yang sangat mencabar untuk anak keduanya.
"Bismillahirrahmaanirrahim. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang. Insya-Allah tahun depan Mateen dapat adik.
"Sesetengah daripada korang telah menekanya sebelum ini. Meera harap semua boleh doakan yang baik-baik untuk Meera & baby#2.
"Trimester pertama sangat mencabar tapi syukur masih boleh bangun walaupun tahan muntah depan kamera masa live show selama 4 bulan ni.
"Alhamdulillah setakat ini trimester ke-2 berjalan dengan lebih baik. Mama dan bayi semakin besar dan lebih membesar. Semoga Allah melindungi dan memudahkan perjalanan kami. Amin amin," tulisnya.
Ameera berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Ameera turut memuat naik foto imbasan ultrabunyi (ultrasound).
Entri tersebut mendapat perhatian rakan artis serta peminat yang rata-rata turut mengucapkan tahniah.
Ameera dan suami, Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mateen.