READ

Intan Akui KEWANGAN Adalah Cabaran Besar Selepas Diceraikan — Namun Tuhan Itu Adil, Rezeki Anak Pasti Ada

Huda Hussain 24/12/2019 | 07:00 MYT

Episod ketiga rancangan bual bicara Currhat dengan topik Tabah Hadapi Perceraian yang bersiaran di saluran Astro Prima dan Prima HD semalam nyata menjentik emosi penonton.
Bagaikan dekat dihati, Fizo Omar dan Intan Liana Saleh yang diundang bersama Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali; turut berkongsi rasa berdasarkan pengalaman yang ditempuh sebelum ini.

Ya, kisah perceraian mereka mendapat perhatian masyarakat umum malah masih segar dalam ingatan. Apatah lagi bagi Intan Liana Saleh yang mana kisah perceraiannya dengan bekas suami dikaitkan dengan selebriti Izreen Azminda.

Hinggakan kecoh seketika apabila dikatakan bekas suami telah menduakannya lantas terus lafaz kalimat berbisa itu diluahkan jua. Umpamanya isteri sendiri dijandakan dan berkahwin dengan janda lain.
Allahu, hati wanita mana yang tidak terhiris apabila berhadapan dengan kemelut ini? Sedangkan rumahtangga mereka sebelum itu tiada menampakkan kepincangan sedikitpun.

Namun itulah dugaan yang Allah hadirkan dalam sesebuah rumahtangga. Dan bersama InTrend, Intan kongsikan curahan rahsia hatinya. Bacalah kisahnya bagaimana seorang wanita cekal ini terus bangkit dan kini tenang mengharungi ujian Allah.

Apa khabar Intan? Apa perkembangan terbaru?

Alhamdulillah sihat. Masih meneruskan kehidupan seperti biasa bersama anak-anak.

Perbezaan dulu dan sekarang, daripada segi status terutamanya; apa yang paling ketara dirasai?

Dulu ada orang jaga, sekarang kita jaga diri sendiri. Pendek kata semuanya Intan perlu uruskan sendiri, perihal anak-anak hinggalah diri Intan sendiri.

#Gaya Hidup #wanita #Kekuatan