Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Intan ‘Andai Tiada Dia’ Ada Fibroid, Ini Perkongsian Dr. Izzar Mengenai Ketumbuhan Dikenali Sebagai ‘Leiomyoma’

Asyikin Mayudin 06/12/2024 | 03:55 MYT

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr. Mohd Izzar Anwari berkongsi mengenai Fibroid yang merupakan sejenis ketumbuhan tak berbahaya melibatkan dinding rahim juga dipanggil sebagai leiomyoma.

Ketumbuhan tak berbahaya

Menerusi perkongsian di Instagram, Dr. Izzar memberitahu punca kewujudan Fibroid masih belum diketahui sehingga ke hari ini.

“Fibroid adalah sejenis ketumbuhan tak berbahaya yang melibatkan dinding rahim. Juga dipanggil sebagai leiomyoma. Punca sebenar fibroid ini masih belum diketahui asal usulnya,” katanya.

Gejala-gejala fibroid (Bukan fibroid sahaja penyebab simptom-simptom ini):

#1 Pendarahan period yang luar biasa banyaknya

#2 Sakit period yang melampau lampau sampai tak boleh buat aktiviti harian

#3 Perut terasa buncit. Mungkin disangka lemak terkumpul tapi sebenarnya bengkak dari rahim atau ovari

#4 Terkencing-kencing kerap. Fibroid besar boleh menekan pada pundi kenci menyebabkan rasanya nak kencing

#5 Sakit bahagian bawah perut, walaupun tak period

#6 Susah nak mengandung. Kalau mengandung pula tak lekat lama

#7 Untuk mereka yang hamil, fibroid pada bahagian bawah rahim boleh menganggu pemusingan bayi dalam rahim

#8 Fibroid yg besar jenis tergantung kat luar rahim boleh terpintal (torsion) menyebabkan sakit

Tak perlu rawatan

Dalam pada itu, Dr. Izzar turut memaklumkan ketumbuhan itu juga tidak memerlukan rawatan namun pembedahan mungkin menjadi langkah terakhir mengikut situasi.

“Untuk rawatan, fibroid yang tidak menimbulkan apa apa masalah atau kecil tak perlu dibuang dan tidak memerlukan apa-apa rawatan.

“Tunggu dan lihat, biasanya fibroid akan mengecil dan hilang dengan sendirinya selepas menopos. Ada pil hormon yang boleh dimulakan sebagai langkah pertama. Boleh berbincang dgn doktor terlebih dahulu.

“Untuk langkah terakhir iaitu pembedahan, ia bergantung kepada banyak faktor seperti keinginan untuk ada anak vs risiko membahayakan nyawa.

“Kena bincang dengan doktor berkenaan prosedur mana yang sesuai. Sebab ada prosedur yang menyebabkan pesakit tak boleh mengandung lagi lepas tu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

Menurut Dr. Izzar, situasi yang dialami Intan yang karakter lakonan pelakon Mimi Lana dalam drama Andai Tiada Dia mungkin disebabkan penulis skrip mahu mengurangkan episod melibatkan watak tersebut.

“Bagi Intan, dalam drama terus skip nak kena bedah buang fibroid + rahim terus sebab penulis skrip nak kurangkan episod Intan kot. Proses dia sebenarnya ambil masa sebelum kita nak ke pilihan pembedahan.

“Mungkin proses ni berlaku semasa Falah tengah bersuri-suri dengan Suri. Puih,” ujarnya lagi.

Sinopsis

‘Andai Tiada Dia’ mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.

Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.
Drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

#Ummi Nazeera #Dr Izzar #Suami Ummi Nazeera #Mimi Lana #Fibroid #andai tiada dia #Drama Andai Tiada Dia
;