Laman Utama
Intan Ladyana Dan Harris Alif Sambut Kelahiran Puteri Sulung
Teka-teki mengenai kelahiran anak pasangan selebriti Intan Ladyana, 39, dan Harris Alif, 22, akhirnya terjawab apabila Harris memuat naik gambar anaknya di Instagram sebentar tadi.
Menerusi ruangan kapsyen, Harris berkongsi tarikh kelahiran selain mendedahkan jantinya cahaya matanya.
“31.1.2022… Alhamdulillah. Puteri sulung daddy dan mommy. Terima kasih semua atas doa-doa yang baik,” tulis Harris.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram Intan, pelakon itu memberitahu proses kelahiran telah berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah… semuanya berjalan dengan lancar semalam. Bayi perempuan kami dilahirkan pada 11.40 malam 31 Januari 2022,” ungkapnya.
Meninjau pada ruangan komen Instagram kedua-dua pasangan itu, ramai rakan artis meninggalkan ucapan tahniah kepada Intan dan Harris.
“Tahniah brother,” tulis Sharnaaz ringkas.
“Tahniah Harris dan Intan,” ucap pengacara dan pelakon Sherry Alhadad pula.
Harris sebelum ini ada memuat naik gambar swafoto bersama Intan di sebuah hospital dengan kapsyen supaya dipermudahkan segala urusan.
Terdahulu, baik Intan mahupun Harris, masing-masing enggan memberitahu tentang status kandungan sungguhpun Intan kelihatan sarat hamil menerusi beberapa siri foto dan video yang dimuat naik di media sosial.
Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu.
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.
Must-Watch Video