Hiburan

Intan Ladyana Tak Lihat Umur Harris Sebagai Ukuran Kematangan, "Kalau 40 Tahun Tapi Tak Matang, Macam Mana Nak Kahwin!"

gempak
Zulaikha Yusof
06/01/2021
08:30 MYT
Sponsor Banner
Intan Ladyana Tak Lihat Umur Harris Sebagai Ukuran Kematangan, "Kalau 40 Tahun Tapi Tak Matang, Macam Mana Nak Kahwin!"
Pelakon Intan Ladyana, 38, tidak menjadikan perbezaan usia 17 tahun itu sebagai penghalang untuk menyulam cinta bersama pengacara Harris Alif, 21.
Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya menyifatkan Harris seorang lelaki yang matang dari umurnya.
"Sebenarnya tiada isu lelaki muda atau tua. Kalau Allah dah kata itu jodoh kita, itulah jodoh!
"Kalau dia umur 40 tahun tapi tak matang, macam mana nak kahwin! Jadi saya tak kisah tentang usia kerana itu hanya angka dan bukan ukuran menentukan kematangan seseorang.
"Sejak awal perkenalan saya nampak Harris lebih matang dari usia. Lihat cara dia bercakap, mudah untuk berkomunikasi kerana apa yang saya cuba sampaikan dia faham," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, pemilik nama Nor Harris Alif Nor Rashidi berkata, berkahwin di usia muda bukan satu perkara yang mengejutkan.
Pelantun lagu Anugerah itu akui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab besar hasil daripada tunjuk ajar ibu bapa.
"Ini bukan kali pertama orang berusia 21 tahun berkahwin. Bukan perkara pelik dan mengejutkan sebab ada orang lagi muda yang masih bersekolah sudah berkahwin.
"Semestinya sebagai seorang lelaki yang nak jadi suami dan memimpin keluarga, saya dah buat persediaan sendiri.
"Segala tunjuk ajar saya terima dari ibu bapa, Alhamdulillah tak ada masalah mengenai persediaan ini.
"Saya pun banyak bercampur dengan orang lebih dewasa yang dah ada keluarga, daripada situ kita belajar kereneh anak-anak dan sebagainya. Jadi benda-benda ini kita ambil sebagai persediaan sendiri," katanya.
Semalam, Harris dan Intan mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021.
BACA: Beza 17 Tahun Bukan Penghalang! Harris Alif & Intan Ladyana Kahwin 6 Februari Ini
Kisah percintaan Intan menjadi perhatian selepas Harris terbuka berkongsi mengenainya.
Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga buat kali pertama berkongsi gambar berdua menerusi laman Instagram (IG) pada 6 Mei lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live