gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Perjumpaan G*y: "Tiada Penglibatan NGO, Klinik Kesihatan Atau KKM" – Ketua Polis Kelantan
RANCANGAN
Gempak Movie Night Out: Tiket Finale Screening Honey Trap
HIBURAN
Ade Govinda Puji Siti Nurhaliza, Senang & Cepat Kerja - "Beliau Pasti Bawa Banyak Makanan..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Intan Najuwa Anggap Warna Kulit Tak Perlu Dijadikan Bahan Perbincangan - “Ia Sesuatu Yang Sensitif & Peribadi”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
22/07/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Intan Najuwa Anggap Warna Kulit Tak Perlu Dijadikan Bahan Perbincangan - “Ia Sesuatu Yang Sensitif & Peribadi”
Pelakon Datin Intan Najuwa menganggap pertanyaan mengenai warna kulit seseorang itu sesuatu perkara yang sensitif dan peribadi.

Bukan jadi bahan

Bukan sahaja warna kulit, malah bentuk dan saiz badan seseorang juga bukan satu perkara yang perlu dijadikan bahan jenaka atau perbincangan.

“Sama ada pelik ke, buat-buat pelik ke, tetap tak perlu. Warna kulit, bentuk badan, saiz dan selainnya bukan sesuatu topik yang perlu ditanya, jadi jenaka atau difikirkan.

“Ia sesuatu yang sensitif dan peribadi. Bukan untuk dijadikan satu perbincangan. Kalau bukan badan awak, jangan bercakap perkara itu. Belajar untuk berdiam saja,” kata Intan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mak Cik Bawang’ Sibuk Tegur Warna Kulit Intan Najuwa, Ini Respons Tuan Badan - “Saya Memang Bukan Wanita…”

Intan berkongsi perkara itu bagi membalas komen netizen yang menganggap kenyataan individu yang mempersoalkan warna kulitnya gelap hanya sekadar pertanyaan sahaja.

Hanya pertanyaan

Menerusi komen netizen itu, dia beranggapan individu tersebut bukan mahu mengkritik sebaliknya hanya berasa hairan warna kulit Intan gelap berbanding biasa.

“Saya tak rasa dia kecam, cuma dia pelik kenapa gelap,” kata netizen.

Sebelum ini, Intan menerusi platform Threads dalam nada sinis berkata dia menyedari ada ‘mak cik bawang’ yang mempersoalkan warna kulitnya gelap.
Intan menjelaskan perubahan warna kulitnya sesuatu yang semula jadi memandangkan dia kerap menemani suaminya bermain sukan polo dan terdedah kepada panas matahari.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Isu
#Intan Najuwa
#Warna Kulit
#Bentuk Badan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement