UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Intan Najuwa Kongsi Cara Betul Sebutan Nama Anak, Imane Lunara - “Kalau Tengok Sebutan Macam…”

Umirah Halim 16/02/2025 | 03:01 MYT

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi mengenai cara sebutan nama puteri sulungnya, Imane Lunara.

Cara sebut nama anak

Menerusi perkongsian satu video di akaun TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, turut sempat berkongsikan maksud disebalik nama anaknya.

undefined

“Kalau tengok sebutan macam Imani tapi sebenarnya Imane.

“Maksud Iman itu beriman. Lunara adalah bunga. Dia ada dua maksud, kalau Luna maksudnya bulan.

“Kalau panggil Luna ada maksud panggil Lunara pun ada maksud. Semua ada maksud,” ujarnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji nama anak Intan.

“Betul la selama ni aku sebut nama anak dia Iman.

“Dia nak ejaan tu lain sikit. Boleh jer letak Iman Lunara kan? Jadi nak nampak lebih wow ejaan dia jadi Imane Lunara.

“So nak mudah Iman Lunara je kan. Ke aku salah. Tapi nama tu cantik,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf, pada 18 Ogos 2023.

Pasangan itu menyambut kelahiran cahaya mata perempuan mereka, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu.

BERITA BERKAITAN: "Saya Ini Psiko" - Belum Tiba Masa Untuk Kembali Berlakon, Intan Najuwa Mahu Sentiasa Pantau Pengasuh Anak

BERITA BERKAITAN: Tiada Toleransi Terhadap Orang Biadab, Intan Najuwa Enggan Berdiam Diri Bila Fizikal Dikutuk - “Ini Bukan Sebab Bitter Atau…”

BERITA BERKAITAN: Mudah Panik & Tak Kuat , Intan Najuwa Kagum Dengan Kaum Ibu Jaga Anak Tanpa Pembantu - “Lunara Menangis, Saya Pun…
#Anak #Intan #NAMA #Najuwa #imane lunara