HIBURAN

Intan Najuwa Kongsi Sebab Kenapa Tak Boleh Tahan Makan Ais Ketika Berpantang - "Saya Degil..."

Umirah Halim 25/02/2025 | 08:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa berkongsi bahawa dia pernah melanggar petua berpantang selepas melahirkan cahaya mata pertamanya.
Menerusi hantaran di TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, menyatakan dia tidak boleh menahan diri untuk menikmati minuman berais ketika berpantang walaupun dikatakan perkara itu boleh menjejaskan kesihatan seorang ibu menurut petua orang tua-tua.
undefined “Dalam pantang saya degil. saya minum ais, tak tahan!
“Mama saya jaga saya (ketika berpantang), kebetulan masa dalam pantang ibu saya bercuti, mak saya pergi sahaja bercuti, ais latte satu.
“Saya benda lain saya boleh tahan, tapi ais tu tak boleh,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat pengambilan minuman berais ketika berpantang dapat menjejaskan tubuh badan hanyalah sekadar mitos.
“Boleh je minum ais, yang penting sentiasa cukup air. Yang kata tua badan sakit tu sebab tak bersenam.
“Mitos je tu, orang tak minum ais kalau masa nak sakit nanti akan sakit juga.
“Ais tak ada kena mengena dengan sakit badan masa tua nanti. Biasalah badan akan mengalami perubahan lepas bersalin," komen beberapa netizen.
Sekadar info, Intan Najuwa sebelum ini selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada pertengahan bulan Disember 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak Solat Ke Datin?" - Netizen Persoal Ibadah Intan Najuwa, Ini Jawapan Tegas Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Komen Pasal Berat Badan, Intan Najuwa Tak Kisah - “Saya Tidaklah Terkesan...”

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Kongsi Cara Betul Sebutan Nama Anak, Imane Lunara - “Kalau Tengok Sebutan Macam…”
#Intan #Pantang #Ais #Najuwa