HIBURAN
Intan Najuwa Syukur Suami Sediakan 3 ‘Babysitters’ & Jururawat Khas Untuk Jaga Imane Lunara - “Tiada Lagi Ke Emergency”
Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa syukur apabila suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman menyediakan tiga orang pembantu yang ditugaskan untuk menjaga anak mereka, Imane Lunara.
Dapat rehat
Menerusi perkongsian di igstory, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi perkara itu selepas menjawab beberapa persoalan warganet mengenai proses penjagaan anaknya.
“Luna ada tiga babysitters sekarang dan mereka semua tinggal dengan kami. Sorang tolong siang, sorang malam dan sorang lagi uruskan barang-barang Luna.
“Suami saya yang uruskan semua ini untuk pastikan saya dapat rehat yang cukup dan dapat jaga diri sendiri,” katanya.
Jururawat khas
Tidak cukup dengan tiga pembantu, suami kepada aktres berusia 27 tahun itu turut menyediakan jururawat khas untuk memastikan anak mereka sentiasa dalam keadaan baik.
“Berita baik! Tiada lagi ke emergency. Suami saya dapatkan jururawat private untuk tengokkan Luna 24 jam. Lega sangat.
“Suami juga letak vital monitor dekat rumah untuk jururawat periksa kalau Luna ada apa-apa,” ujarnya.
Dalam pada itu, Intan turut mengakui dia kurang berasa tekanan dalam proses membesarkan puteri sulungnya, Imane Lunara dengan kemudahan yang disediakan oleh suaminya.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Kongsi Sebab Kenapa Tak Boleh Tahan Makan Ais Ketika Berpantang - "Saya Degil..."
ARTIKEL BERKAITAN: "Tak Solat Ke Datin?" - Netizen Persoal Ibadah Intan Najuwa, Ini Jawapan Tegas Empunya Badan
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Komen Pasal Berat Badan, Intan Najuwa Tak Kisah - “Saya Tidaklah Terkesan...”
Must-Watch Video