Hiburan
Intan Saleh Berangkat Menunaikan Umrah, Pengikut Doakan Urusan Dipermudahkan
Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Liana Saleh telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam untuk menunaikan ibadah umrah.
Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Intan mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.
"Salam, saya Intan Liana insyaAllah akan menunaikan ibadah umrah pada hari ini (25/3/2019).
"Di kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan andai tersilap kata dan segala perbuatan. Semoga Allah merahmati kita semua insyaAllah.
"Aish dekmok baik-baik ok..Bonda love you!! Miss you..Thank you along jagakan dorang," tulisnya.
Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Intan berjalan lancar.
Intan dan Ude berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 2.
Manakala, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga dengan aktres Izreen Azminda pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Must-Watch Video