Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Intan Saleh Bersyukur Ude Tarik Balik Saman - “Namun, Plaintif Pertama Masih Meneruskan Kes”

Izwan Isa
11/03/2024 06:25 MYT
Selebriti media sosial Intan Saleh memaklumkan yang dia hadir ke satu sesi mediasi bersama peguamnya, Majmud Jumaat.

Menerusi hantaran di Instagram, Intan turut memaklumkan yang plantif kedua, iaitu bekas suaminya Ude telah menarik semula kes saman yang dikemukakan ke atas dirinya.

Namun, tambah Intan, plantif pertama masih lagi mahu meneruskan saman.


View this post on Instagram






A post shared by انْتَان لِيَانَا بِنْتِ صَالِح (@__iiiintan.saleh)

“Intan telah hadir pagi ini untuk proses mediasi. Semoga ada jalan mudah untuk selesaikan perkara ini.

“Alhamdulillah pagi ini juga saya dimaklumkan oleh peguam saya, Mahmud Jumaat bahawa plaintif kedua iaitu Ude telah menarik kes. Namun plantif pertama masih meneruskan kes saman.

“Doakan segalanya dipermudahkan untuk Intan teruskan,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut Intan menzahirkan respons positf terhadap penarikan semula kes saman yang telah dikemukakan oleh Ude.



Terdahulu, konflik tercetus apabila Ude dan isterinya, Izreen Azminda memfailkan saman ke atas Intan.

Disebabkan tidak mempunyai dana, Intan yang masih berusaha untuk melawan bekas suami dan isterinya itu terpaksa membuka tabung bantuan.

Sebelum itu, Ude pernah berkahwin dengan Intan pada 1 Mac 2013 dan bercerai pada 22 Mac 2018.

Perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 9, dan Ariq Muqri, 6, manakala perkahwinan bersama Izreen turut dikurniakan dua anak, Aaron Ibrahim, 5, dan Ali Idrees, 3.

BERITA TRENDING: “Dah Beranak Pinak Dah Ni, Apa Lagi Tak Puas Hati? Move On” - Intan Saleh Balas Dakwaan Izreen

BERITA TRENDING: Dituduh Tak Basuh Baju Anak Tiri, Izreen Azminda Sekolahkan Netizen; “Kenapa Begitu Benak?”

#Izreen Azminda #Ude #Intan Saleh