Hiburan

Interchange Bukan Filem Main-Main, Ada Kelas Tersendiri

gempak
Rozaimi Zubaidi
22/12/2016
10:32 MYT
Sponsor Banner
Interchange Bukan Filem Main-Main, Ada Kelas Tersendiri
FILEM: Interchange
PENGARAH: Dain Iskandar Said
PELAKON: Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa, Alvin Wong dan Chew Kin Wah
DURASI: 102 minit
PENGEDAR: GSC Movies
TARIKH TAYANGAN: 1 Disember 2016
Selepas kejayaan memenangi pelbagai anugerah menerusi filem Bunohan, pengarah Dain Iskandar Said kini tampil dengan karya terbaharunya dengan filem Interchange.
Interchange merupakan sebuah karya yang menceritakan mengenai kehidupan Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto forensik yang terganggu kerana masalah halusinasi yang dialaminya.
Dia menyertai rakannya, Detektif Man (Shaheizy Sam) dalam melakukan siasatan dalam beberapa siri pembunuhan ngeri di Kuala Lumpur dan pada masa yang sama dia telah bertemu dengan Iva (Prisia Nasution), seorang pawang yang ditemani oleh seekor semangat haiwan,Belian (Nicholas Saputra).
Secara jujurnya, siapa yang mengetahui karya Dain ini, ia bukan merupakan sebuah filem yang mudah dijangka kerana penonton harus berfikir serta memahami apa yang hendak disampaikan oleh pengarah.
Walaupun pelbagai keraguan ditimbulkan oleh Dain di awal dan pertengahan cerita, namun satu demi satu persoalan dijawab dengan baik dan tidak berlebihan di akhir penceritaan filem ini.
Penceritaan yang ingin disampaikan oleh pengarah pada mulanya amat sukar difahami kerana terdapat beberapa plot yang mengelirukan sehingga penulis berasa seperti tidak memahami apa yang hendak disampaikan oleh pengarah.
Ini bukan merupakan sebuah filem yang mudah untuk dijangka kerana setaip insiden yang berlaku akan membuatkan penonton tertanya-tanya mengenai apa yang bakal terjadi seterusnya.
Pujian harus diberikan kepada Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa, Alvin Wong dan Chew Kin Wah yang membawakan watak mereka dengan baik sekali.
Meskipun filem ini dikatakan mengambil acuan daripada barat namun bagi penulis, Dain berjaya mencorakkan filem ini dengan menyuntikkan elemen ketimuran di dalamnya.
Secara keseluruhan, dari pandangan seorang filem ini mempunyai kelasnya yang tersendiri dan pelbagai perubahan yang dibawakan oleh Dain kerana filem ini merupakan sebuah filem yang hebat dan bagus.
Sinopsis:
Filem ini berkisarkan mengenai kisah Adam (Iedil Putra), seorang jurufoto forensik yang kerjayanya setiap hari adalah melihat tubuh-tubuh yang dikerat menerusi lensa kameranya.
Dia menyertai rakan setugasnya, Detektif Man (Shaheizy Sam) yang sedang melakukan siasatan terhadap beberapa siri pembunuhan mengerikan yang berlaku di Kuala Lumpur.
Sewaktu sedang menyiasat satu kes pembunuhan mengerikan, Adam berkenalan dengan seorang perempuan misteri, Iva (Prisia Nasution) yang merupakan jiran barunya.
Melalui persahabatannya dengan Iva, Adam mula mendapatkan kehidupannya semula dan mereka jatuh cinta.Iva mendedahkan yang dirinya merupakan seorang bomoh berasal dari Borneo yang sedang mencari jati diri suku kaumnya yang telah terperangkap dalam kaca negatif selama 100 tahun.Dirinya ditemani oleh seekor semangat haiwan, Belian (Nicholas Saputra).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024