TERKINI
Interview Eksklusif Henry Moodie!
Sebelum konsert berlangsung, team Gempak sempat menerumah Henry Moodie dan sempat bermain satu game pendek bersama Henry. Jom check out!
Baru-baru ini, Henry Moodie mengadakan konsert solo sulungnya di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Julai 2025, menyaksikan kehadiran ratusan peminat setia yang membanjiri venue intim tersebut untuk menikmati persembahan istimewanya. Konsert dimulakan dengan persembahan hangat Bradley Simpson dari The Vamps, sebelum Henry tampil dengan aura mesra dan interaksi santai bersama penonton. Antara momen paling diingati termasuk sesi permainan pentas yang membawa kepada nyanyian “Someone Like You” (Adele) secara piano, duet mengejut bersama Bradley untuk lagu “Birds of a Feather” (Billie Eilish), persembahan lagu belum diterbitkan seperti “Sunday Morning”, serta penutup penuh semangat “Drunk Text” bersama penyanyi Malaysia, Daiyan Trisha.
Ini merupakan kunjungan keempat Henry ke Malaysia, di mana beliau mengakui rasa cintanya terhadap Kuala Lumpur dan menghargai sokongan padu daripada peminat tempatan, menjadikan malam itu bukan sekadar konsert tetapi satu pengalaman peribadi yang hangat dan bermakna.
Must-Watch Video