READ

#InTrendPickUp2019 : 15 Perkahwinan Paling Trending 2019 — FARAH NABILAH, NELYDIA dan DATUK SERI EIZLAN YUSOF JADI TUMPUAN

Athirah Zulkifli 31/12/2019 | 04:33 MYT

Pelbagai perkara baik dan buruk yang terjadi dalam dunia seni hiburan tanah air sepanjang tahun 2019.

Sama ada artis yang baru sahaja mendirikan rumahtangga ataupun selamat melahirkan anak, kita juga dikejutkan dengan berita sakit dan kematian beberapa artis tempatan.

Itu adalah sebahagian warna-warni kehidupan yang perlu dijalani. Kali ini #InTrendPickUp2019 merangkumkan perkahwinan selebriti Malaysia yang menjadi bualan.

1. Perkahwinan Elfira Loy & Faris Khairol Anuar

Perkahwinan Elfira menjadi perbualan hangat di media sosial. Rata-rata netizen mengecam Elfira yang bahu sahaja putus tunang pada 2018 dan memilih tanggal awal Januari untuk melangsungkan majlis perkahwinan dengan Faris yang khabarnya perkenalan mereka diatur sahabat baik El sendiri.

6. Datuk Seri Eizlan Yusof & Natasha Rosa Boudville

Setelah empat tahu menduda, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof akhirnya berkahwin dengan wanita berketurunan Serani, Natasha Rosa Boudville yang berusia 29 tahun pada 12 Disember lalu. Pasangan ini sudah berkenalan sejak empat tahun lalu dan Eizlan terbuka hati untuk berkahwin dengan wanita ini selepas tertarik dengan perwatakan kelakarnya.

7. Perkahwinan Farah Nabilah & Mohammed Amirul Yunus

Tahniah Farah Nabilah, selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember lalu. Pasangan ini mula diperkenalkan oleh teman rapat, pelakon Izara Aisyah tujuh tahun lalu. Akhrinya perkenalan selama tujuh tahun membawa mereka ke jinjang pelamin.

8. Ain Edruce & Amirul Hafiz Mustaffa

Pengacara dan pelakon, Ain Edruce selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember lalu. Perkenalan menerusi Instagram menimbulkan bibit-bibit cinta setahun lalu. Semoga perkahwinan Ain dan Amirul kekal bahagia.

9. Zamani & Nur Juliana

Tidak disangka penyanyi pujaan ramai, Zamani Ibrahim telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya, Nur Juliana Abdul Rani. Penyanyi kumpulan Slam itu sudah 14 tahun mengenali dan berkawan dengan Juliana.

Juliana adalah pembantu peribadi Zamani di syarikat ZIME Production milik Zamani dan keluarganya.