Inul Bakal Rayakan Ulang Tahun Anak Tunggal 3 Hari : “Biar Orang Kampung Gembira”
Maliah Surip
26/03/2024 12:50 MYT
26/03/2024 12:50 MYT
Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista menarik perhatian netizen apabila memaklumkan akan mengadakan pesta ulang tahun anaknya selama tiga hari.
Pesta tersebut akan diadakan di kampung halamannya di Pasuruan, Jawa Timur.
Inul juga memberitahu majlis tiga hari yang direncana itu akan dipenuhi dengan aktiviti seperti hiburan dan keagamaan.
“Majlis kesyukuran ulang tahun putera Inul Daratista. Hadirilah: 17 Mei 2024 Om Adella.18 Mei 2024 Om New Montana. 19 Mei 2024 Pengajjian Akbar Gus Iqdam." isi pengumuman seperti dilaporkan Viva.co.id.
Menurut Inul majlis tersebut sengaja dilakukan selama tiga hari sebagai ‘hadiah’ buat penduduk kampung.
“Niat saya cuma mahu buat orang kampung gembira. Mungkin ada hiburan juga nanti,” katanya lagi.
Dia juga berpesan agar semua pihak berfikiran positif dengan rencana yang disusun, bukan kerana mahu menunjuk riak.
Ironi, Inul dan suaminya, Adam Suseno menanti kelahiran Yusuf selama 13 tahun selepas berkahwin.
BERITA TRENDING: Inul Daratista Meluat Dengan Suami Saat Janji Temu Pertama Kali: “Dia Bawa…”
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram, Inul memberitahu pesta ulang tahun tersebut khusus meraikan usia anak lelaki tunggalnya, Yusuf Ivander Damares yang genap 15 tahun pada Mei depan.Pesta tersebut akan diadakan di kampung halamannya di Pasuruan, Jawa Timur.