Umum mengetahui bahawa penyanyi popular Indonesia, Inul Daratista sememangnya berjaya dalam bidang hiburan dan perniagaan berskala besar.

Jadi, tidak hairanlah jika penyanyi lagu Goyang Inul itu mempunyai 12 orang pembantu rumah bagi menguruskan hal-hal seharian!

Perkara tersebut didedahkan Inul menerusi ruang balas terhadap komen yang ditinggalkan netizen.

Malah kata Inul, ada juga dalam kalangan pembantu enggan berkahwin kerana tidak mahu berhenti bekerja dan keluar dari rumahnya .

"Pembantu saya ada 12 orang, mereka sudah lama bekerja dengan saya, ada yang sudah 20 tahun. Paling kurang pun 4 tahun.

"Ada juga yang sampai tidak mahu kahwin sampai tua, mahu bekerja sahaja, semuanya belum mahu keluar," respon Inul terhadap seorang individu yang berhasrat mahu menjadi pembantu rumahnya.


Kredit: Liputan6


Sekadar info, Inul atau nama sebenarnya Ainur Rokhimah mula aktif dalam industri hiburan pada sekitar tahun 2000 dan masih bertahan sehingga kini.

Penyanyi goyang gerudi itu juga bakal memasuki usia 43 tahun menjelang 21 Januari ini.