HIBURAN
Inul Daratista Bayar Gaji Lumayan, Hantar Pembantu Rumah Tunai Umrah
Sikap mulia Inul Daratista yang sentiasa menyantuni orang lain dengan baik meski bekerja sebagai pembantu rumah dikongsikan oleh salah seorang pekerja yang berkhidmat di rumahnya.
Rina yang merupakan salah seorang pembantu rumah penyanyi dangdut popular itu mengaku Inul sebagai majikan yang baik, bertanggungjawab dan menganggapnya seperti keluarga sendiri membuat dia setia bekerja selama 22 tahun buat Inul.
“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana Inul, suami dan semua menganggap saya seperti keluarga mereka.
“Sebab itu meski ada yang menawarkan saya bekerja dengan mereka, saya tolak. Saya nyaman bersama Inul,” ujar Rina seperti dilaporkan Kompas.
Kenyataan Rina merujuk kepada pengakuan Inul yang memberitahu memberi gaji yang lumayan buat para pembantu rumahnya.
“Bukan hanya gaji yang bagus, setiap pembantu rumah atau pekerja yang sudah berkhidmat dengan saya lebih lima tahun, saya hantar mereka tunai umrah,” akui Inul menerusi tayangan di YouTube miliknya, Inul Daratista Official.
Selain itu Inul juga mendakwa bilik pembantu rumahnya dilengkapi perabot yang sama seperti di kamar kelaminnya bersama suami, Adam.
“Bilik tidur pembantu rumah saya punya perabot yang serupa dengan saya. Saya guna perabot jenama Davinci, maka itu yang pembantu saya dapat di bilik mereka,” katanya lagi.
Must-Watch Video